Sebagai umat Islam amalan harian sepatutnya sentiasa di pelihara sepertilah ketika hendak makan. Perlulah dijaga bagaimana cara makan dan diperhatikan makanan apakah yang dimakan.
Di antara perkara yang perlu dibuat sebelum makan:
Pertama, membasuh tangan sebelum makan, ini disebabkan keadaan makan selepas membasuh akan lebih selesa. Di samping itu, untuk tujuan kebersihan, tangan kita pasti selalu terdedah kepada kuman atau bakteria terutamanya ketika kita sedang bekerja atau membuat aktiviti seharian.
Kedua, membaca Basmallah dan gunakan tangan kanan, jangan makan dengan tangan kiri, guna tangan kanan, seperti dalam kisah Umar bin Abi Salamah yang menceritakan bahawa beliau ketika masih kanak-kanak pernah bersama Rasulullah SAW pada waktu makan. Lantas tangan beliau cuba mencapai makanan. Lalu sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“ Wahai anak, sebutlah nama Allah (sebelum makan), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat denganmu dahulu.”
(Mutaffaq ‘alaih)
Dalam satu lagi hadis sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila seseorang daripada kamu hendak makan, maka makanlah dengan tangan kanannya. Apabila hendak minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Hal ini kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.”
Tetapi jika seseorang terlupa membacanya, maka hendaklah dia membaca ketika dia ingat dengan lafaz yang bermaksud :
“ Dengan ( menyebut ) nama Allah diawalnya dan ( sampai ) diakhirnya”
Hukum membacanya adalah digalakkan ( mustahaab ) dan bukanlah wajib.
Ketiga, berkumpul sewaktu makan, perkara ini digalakkan menurut Syara’; seperti tidak bercampur antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Antara faedahnya ialah untuk memperoleh keberkatan daripadaNya. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :
Hukum membacanya adalah digalakkan ( mustahaab ) dan bukanlah wajib.
Ketiga, berkumpul sewaktu makan, perkara ini digalakkan menurut Syara’; seperti tidak bercampur antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Antara faedahnya ialah untuk memperoleh keberkatan daripadaNya. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :
“ Makanan untuk dua orang mencukupi tiga orang dan makanan tiga orang mencukupi empat orang makan.” ( HR. Al – Bukhari )
Manakala dalam pemilihan makanan pula wajiblah bagi umat Islam untuk mencari makanan yang halal, perkara ini merupakan kewajipan umat Islam. Dalam surah al-Nahl ayat 114-115, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.”
Rasulullah SAW juga ada menyebutkan dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.
Begitulah serba sedikit diketengahkan beberapa panduan tentang makanan dan cara makan yang perlu diamalkan oleh umat Islam. Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan